Hari ni akak masih belum berapa nak sihat..selsema , batuk n dedor je badan ni ..(paham ke dedor tu apa...? ).. tapi gagahkan juga diri ni nak ke satu program yg sangat ditunggu-tunggu..dengan penuh semangat walau pun macam x larat...pegi jugak..terima kasih kat encik suami sebab tolong hantar...ni le nak citer ...
TADAAAA..
![]() |
| KLEDTECH organised by GEG di IPG KBM pada 23 Januari 2016. |
![]() |
| Bersama Cikgu Hailmi yg sangat hebat dan kawan baru, Halimatun dr Putrajaya |
![]() |
| Antara bengkel yang sempat diikuti |
![]() |
| Games baru ..best ni xsabar nak try n share dgn murid...Namanya KAHOOT |
![]() |
| Sistem penyampaian maklumat yang dilaksanakan untuk menyampaikan maklumat kepada seluruh warga sekolah di Korea. Murid yang uruskan tau...bukan cikgu... |
![]() |
| Antara teknologi yang dipamerkan di KLEDTECH 2016...SMART Screen |
Secara keseluruhannya seminar begini sangat bagus untuk kita. Bengkel yang disediakan amat bertepatan dengan keperluan pendidikan kita sekarang. Melalui program sebegini kita akan lebih jelas tentang Pembelajaran Abad 21, teknologi yang terkini dalam pdp, perkongsian pengalaman dan dalam menjalankan VLE (virtual learning environment) dan sebagainya yang berkaitan dengan pendidikan. Program yang ditaja sepenuhnya oleh Google Educator Group ini sangat bermanfaat jika kita ingin merubah diri menjadi guru yang berkesan menjelang abad ke 21 . Langkah untuk merubah persepsi, pemikiran dan tindakan kita boleh terbina dengan mencari peluang menambah ilmu melalui program seperti ini.
Tajuk-tajuk yang diutarakan sangat dekat dengan suasana pembelajaran dan kehidupan kita. Contohnya Pengguanaan Media Sosial dalam Pembelajaran dan Pengajaran, yaaa.. selama ini kita tidak menggunakan media sosial sebagai medium untuk pdp..sedangkan ia sangat berkesan kerana itulah yang sangat digilai oleh anak-anak kita sekarang..
Sejujurnya saya ada juga menggunakan medium ini tapi tidak serius sebagai bahan pdp..jadi..sekarang saya sedar saya harus teruskan usaha saya untuk berblog, menggunakan whatsapps, telegram atau apa saja grup dalam media sosial untuk menyampaikan pdp saya..waahhh!!! besar harapan ni..doakan saya untuk istiqamah melaksanakan niat baik ini.
Sebenarnya banyak yang nak dikongsikan ...tapi sebab tadi dah makan ubat batuk ..sekarang mata ni dah bepinauuu..so setakat itu dulu ye..jumpa lagi ..InsyaAllah.













