lama nau x mencurah idea kat sni...nak kata sibuk..sibuk la jugak..dlm hati teringat2 nak update something..tapi tula..bak kata pepatah kerja bertangguh x menjadi..betul sangat..ni la akibat menangguhkan bahan untuk di'update' lama2 idea pun kering..
Sempena nak raya ni..saya pun nak share la kisah raya..keunikan raya kat kampung saya ialah ada program baraan ..Baraan ni istilah jawa..macam aktiviti takbir raya tu..tapi baraan ni lebih simple, setiap keluarga akan hantar wakil untuk naik setiap rumah. ketua akan baca doa dan berselawat ringkas. lepas tu jamu selera lah dengan apa yang dihidangkan oleh tuan rumah. Ada rumah yg buat makan berat macam mee, bihun, pecal, laksa, nasi lemak, lontong, lemang, rendang atau yg ringkas hidang buah, nugget, fries atau kuih raya aje...tu pun kenyang sangat.
Ada la 50-60 buah rumah...mau tak kenyang..abis satu kampung lah kami naik makan macam2..Biasanya kat kg saya buat sampai 2 hari..raya ke2 untuk lelaki, raya ke 3 untuk wanita.
Apa yg seronok sangat baraan ni ialah kami dapt jumpa kawan sekampung yg dah lama terpisah dek kerana urusan masing2..ada yang dah kawin dan beranak pinak ..masa ni la nak tahu perkembangan terkini kawan-kawan. Dapat kenal siapa lagi warga kampung, anak cucu siapa, menantu siapa..maksudnya silaturrahim antara warga kampung tu sentiasa wujud dalam keadaan yg harmoni. saling mengenali tu penting terutama kalau kita dah keluar dari kampung..merantau. Kurang2 kalau kenal org kampung boleh bertanya khabar berkirim salam.
Bagi budak2 yang seronoknya tentulah dapat duit raya. Hampir setiap rumah bersedeqah pada semua tetamu yang ikut baraan ni. Anak-anak memang tunggu sangat baraan ni sebab nak collect duit raya.. dan hasilnya memang lumayan lah..
Dalam pada seronok berbaraan, bersembang dengan kawan2 lama sempat saya terfikir betapa ada perkara kecil yang perlu kita ingatkan pada warga baraan. Pertama sebagai tuan rumah jangan lah sampai rasa terpaksa untuk buat persiapan baraan ini terutamanya hidangan makanan, memadailah dengan makanan yg simple...kerana pada pandangan peribadi saya yang penting bukanlah makan minum, yang lebih penting ialah doa yg dibaca dan diaminkan oleh ahli baraan di setiap rumah..disitu ada pahala, keberkatan dan rahmat bagi setiap rumah..insyaAllah., Kedua pemberian duit raya, kita kene ingatkan anak2 bahawa baraan bukan untuk kumpul duit raya sahaja..tapi untuk mengeratkan hubungan silaturrahim.
Panjang pulak entri kali ni...ok sekadar berkongsi cerita jekk.
No comments:
Post a Comment