Monday, 2 September 2019

UPSR datang lagi...


Selamat Maju Jaya kepada semua anak-anak yang akan menduduki peperiksaan UPSR 2019.

Semoga sentiasa menjaga kesihatan, keselamatan dan fokus menjawab kertas peperiksaan sepanjang peperiksaan berlangsung. Segala yang diperlukan cikgu-cikgu dah bagi secukupnya. Malah usaha guru kadang kala melebihi usaha mak ayah masing-masing.

Mudah-mudahan segala ilmu yang diperolehi menjadi benih yang membuahkan hasil terbaik untuk anak bangsa di masa hadapan.

Buat ibu bapa, iringi doa untuk anakanda tercinta, semoga cita-cita dan harapan menjadi kenyataan. Usaha dan lelah ibu bapa yang bersusah payah menyediakan segala keperluan anak-anak menghadapi peperiksaan pasti terbayar apabila melihat keputusan peperiksaan diumumkan. Kerana kita sudah berusaha dan bertawakal. Apa pun keputusan yang akan diperolehi pasti boleh diterima dengan berlapangn dada. Usaha doa dan tawakal, selebihnya pemberian Allah. Ibu bapa yang sibuk, ambillah sedikit masa, berikan perhatian yang lebih dari biasa sebagai dorongan semangat untuk anak-anak. Ini lah motivasi yang paling mujarab untuk anak-anak yang akan menghadapi peperiksaan.

Untuk anak-anak, percaya dan yakin dengan kemampuan diri. Sentiasa fokus dan tenang ketika peperiksaan. Di saat akhir ini, jgn terlalu memikirkan hasil dan harapan yang digantung oleh ibu bapa dan guru-guru. Yang penting fokus dan berfikiran positif sahaja. Segala ilmu dan strategi yang diajar oleh guru-guru gunakan sebaik mungkin. Tenangkan diri dengan solat, doa dan membaca al-Quran. Jaga pemakanan, kesihatan dan keselamatan diri. InsyaAllah kejayaan milik kamu.

Good luck everyone.

No comments:

Post a Comment