Monday, 20 April 2020

Saya, PKP, WFH dan Pdpc

Hari ni dah masuk hari ke 31 kita menempuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)..banyak perubahan drastik yang berlaku dalam kehidupan kita ... banyak perkara yang peru diadaptasikan ...banyak perkara yang perlu dimuhasabahkan ...

Antaranya WFH..sebelum ni dengar kawan-kawan yang kerja private dapat WFH.. macam best sbb duk umh sambil kerja boleh buat domestic chores..tapi hakikatnya.. tepuk dahi tanya iman masing-masing..

Bila WFH ni berlaku...adjustment masa kene betul..pada saya yg rasa ringan tu sebab tak perlu bersiap macam nak pergi sekolah (tak perlu iron baju, tudung, matching kasut dan handbeg..hehehe) ..tapi bab kerja dan pengurusan rumahtangga sama je..  mula-mula agak kelam kabut juga kadang-kadang tu. Kerja rumah kene setle sambil tu kerja sekolah kene on.. disebabkan PKP maka pembelajaran perlu dijalankan juga supaya murid tidak ketinggalan.

Dan bermulalah sesi pembelajaran kendiri untuk semua guru menggunakan ICT dan segala mekanisme pembelajaran yang boleh diakses oleh semua pelajar. Antara pilihan terbaik ialah Google Classroom, Whatapps, Telegram, Sidang Video Meet/Zoom/teams dan banyak lagi.

Cikgu kene belajar sendiri untuk menggunakan teknologi ini..untung kita zaman serba dihujung jari..mudah saja. Namun tidak dinafikan ada juga murid

yang tidak punya kemudahan seperti gajet dan data.

Tak mengapa..cikgu kan kreatif katanya..asalkan anak murid dapat belajar cikgu dah suka daah.. Nampaknya panjang lagi 'cuti' kita ni .. dan banyak lagi yang cikgu kene belajar

Apa-apa pn kita kene ucapkan terima kasih banyak-banyak pad frontliners yang menjaga kita semua..
#kitajagakita
#stayathome
#staysafe
#digitallearning


Monday, 2 September 2019

UPSR datang lagi...


Selamat Maju Jaya kepada semua anak-anak yang akan menduduki peperiksaan UPSR 2019.

Semoga sentiasa menjaga kesihatan, keselamatan dan fokus menjawab kertas peperiksaan sepanjang peperiksaan berlangsung. Segala yang diperlukan cikgu-cikgu dah bagi secukupnya. Malah usaha guru kadang kala melebihi usaha mak ayah masing-masing.

Mudah-mudahan segala ilmu yang diperolehi menjadi benih yang membuahkan hasil terbaik untuk anak bangsa di masa hadapan.

Buat ibu bapa, iringi doa untuk anakanda tercinta, semoga cita-cita dan harapan menjadi kenyataan. Usaha dan lelah ibu bapa yang bersusah payah menyediakan segala keperluan anak-anak menghadapi peperiksaan pasti terbayar apabila melihat keputusan peperiksaan diumumkan. Kerana kita sudah berusaha dan bertawakal. Apa pun keputusan yang akan diperolehi pasti boleh diterima dengan berlapangn dada. Usaha doa dan tawakal, selebihnya pemberian Allah. Ibu bapa yang sibuk, ambillah sedikit masa, berikan perhatian yang lebih dari biasa sebagai dorongan semangat untuk anak-anak. Ini lah motivasi yang paling mujarab untuk anak-anak yang akan menghadapi peperiksaan.

Untuk anak-anak, percaya dan yakin dengan kemampuan diri. Sentiasa fokus dan tenang ketika peperiksaan. Di saat akhir ini, jgn terlalu memikirkan hasil dan harapan yang digantung oleh ibu bapa dan guru-guru. Yang penting fokus dan berfikiran positif sahaja. Segala ilmu dan strategi yang diajar oleh guru-guru gunakan sebaik mungkin. Tenangkan diri dengan solat, doa dan membaca al-Quran. Jaga pemakanan, kesihatan dan keselamatan diri. InsyaAllah kejayaan milik kamu.

Good luck everyone.

Sunday, 17 March 2019


Jumpa lagi...walaupun setahun x mencurah idea kat sini

   Hari ni rasa nak kongsi pendapat la..semenjak2 menteri pelajaran kata dah takde periksa ni..anak2 kita semakin rilex..tenang dan gembira melalui hari persekolahan. Tapi anak2 ku sayang sekalian nampaknya kalian ni memang berehat sungguh ye..minggu depan cikgu nak buat pentaksiran tapi kamu semua buat  macam xde apa2je kan..xde yang menunjukkan usaha untuk menguasai sesuatu topik tu dengan bersungguh2. bila ditanya" kenapa x buat ulangkaji, baca buku ke?"... jawabnya "mana ada periksa ..nanti hujung tahun ada la".

Hmmmm...Daripada situ..mak pn tahulah bahawa anak-anak ini tak sedar bahawa mereka sebenarnya dinilai sepanjang masa. Yang mereka tahu, mereka dinilai melalui peperiksaan pada suatu masa dihujung tahun nanti.. that's it.

Makanya para ibu bapa perlu maklum perkara ini, walaupun tiada peperiksaan untuk murid terutamanya yang di Tahap 1, tetapi mereka tetap diberi markah dan dinilai berdasarkan kemahiran-kemahiran yang telah disenaraikan dalam sukatan pelajaran. Jadi pastikan anak anda sentiasa berada pada tahap penguasaan akademik dan kemhiran yang terbaik. Kalau boleh ambil tahu dengan detail tentang kandungan sukatan pelajaran anak-anak anda.

Ada ibu bapa yang mengeluh melihat bentuk-bentuk soalan dalam buku teks dan buku kerja yang dikatakan tinggi arasnya. Ibu bapa bimbang dan gusar anak mereka tidak dapat menjawab soalan kerja rumah anak2. Malah mereka juga tidak tahu bagaimana hendak membantu anak2 menyelesaikan kerja rumah anak mereka. Kebimbangan ini diredakan oleh kenyataan menteri bahawa tiada peperiksaan untuk anak2 tahap 1. Realitinya, cikgu2 tetap kena pastikan anak2 ini ada kemajuan dalam segenap aspek pembelajaran..maka wujudlah pentaksiran bilik darjah. Para ibu bapa tahu tak perihal Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) ni? Mesti ramai yang tak tahu kann...

OK ni nak citer sikit jaaa..PBD ni tujuan dia nak nilaikan murid tu menguasai tak setiap kali tamat sesuatu topik atau kemahiran yang diajar. Jadi setiap aktiviti dalam kelas, buku, pergaulan, budi bahasa, penglibatan dengan rakan2..semua tu , diperhatikan, diuji, diperhalusi dan dicatat. Tu semua cikgu yang buat sewaktu dalam kelas...Keberkesanannya tak dapat nak diulas lagi..maklumlah masih baru sesangat. Kita tunggu hujung tahun nanti..apakah reaksi-reaksi ibu bapa apabila melihat laporan anak masing-masing.

Cuma apa yang saya nak sarankan disini, ibu bapa tolonglah perhatikan anak-anak di rumah. Jangan terlalu lepas tangan dengan membiarkan guru-guru menggalas tanggungjawab ibu bapa disekolah. Cikgu di sekolah bertanggungjawab mengasah dan mencungkil potensi murid supaya boleh dikembangkan menjadikan setiap murid itu "berwatak".Selebihnya tanggung jawab memastikan kemenjadian dan "perwatakan" anak2 itu konsisten cemerlang terletak pada tangan ibu bapa.

Peranan, tingkah laku, cara berbual, pembawaan diri anak2, keaktifan dalam kelas dan penguasaan akademik mempengaruhi markah dalam PBD. Kalau boleh biarlah tingkah laku yang baik di sekolah juga baik dirumah. Budi bahasa yang baik dirumah juga baik disekolah. Berani menjawab di rumah juga berani menonjolkan diri disekolah. Rajin di sekolah rajin juga di rumah. Siap latihan dalam kelas, siap juga homework yang dibekalkan. Ada buku disekolah, ada juga buku dirumah.  Ini semua di sekolah cikgu yang perhatikan, di rumah tentulah para ibu bapa sekalian yang kena perhatikan. 

Senario ini biasa berlaku. contohnya murid yang rajin tolong cikgu disekolah belum tentu rajin tolong ibu bapa dirumah. Murid yang diam dan taat pada ibu bapa sebaliknya dia lah murid yang berani menghentak meja kerusi dihadapan cikgu apabila ditegur. Murid yang cepat menyalin nota tetapi selalu tak siap kerja rumah.  Murid yang pendiam disekolah biasanya dialah mulut murai di rumah. Malah banyak lagi contoh sikap murid yang saling bertentangan ketika di rumah dan di sekolah yang tak perlu saya tulis disini..kesimpulannya pembentukan watak itu bermula di rumah sebenarnya.

Setuju...?Tak setuju pun takpe... ahhahahah..Ibu bapa kena maklum bahawa markah akademik bukan lagi topik utama yang akan dilaporkan oleh guru-guru..sebaliknya semua aktiviti dan penglibatan murid sewaktu disekolah termasuklah disiplin dan sahsiah yang akan dibincangkan. Sebab saya bimbang nanti laporan yang diterima pada hujung tahun  tak selari dengan watak anak di rumah...Renung-renungkan lah yeaa..

lama tak bersiaran

lama nau x mencurah idea kat sni...nak kata sibuk..sibuk la jugak..dlm hati teringat2 nak update something..tapi tula..bak kata pepatah kerja bertangguh x menjadi..betul sangat..ni la akibat menangguhkan bahan untuk di'update' lama2 idea pun kering..

Sempena nak raya ni..saya pun nak share la kisah raya..keunikan raya kat kampung saya ialah ada program baraan ..Baraan ni istilah jawa..macam aktiviti takbir raya tu..tapi baraan ni lebih simple, setiap keluarga akan hantar wakil untuk naik setiap rumah. ketua akan baca doa dan berselawat ringkas. lepas tu jamu selera lah dengan apa yang dihidangkan oleh tuan rumah. Ada rumah yg buat makan berat macam mee, bihun, pecal, laksa, nasi lemak, lontong, lemang, rendang atau yg ringkas hidang buah, nugget, fries atau kuih raya aje...tu pun kenyang sangat.
Ada la 50-60 buah rumah...mau tak kenyang..abis satu kampung lah kami naik makan macam2..Biasanya kat kg saya buat sampai 2 hari..raya ke2   untuk lelaki, raya ke 3 untuk wanita.

Apa yg seronok sangat baraan ni ialah kami dapt jumpa kawan sekampung yg dah lama terpisah dek kerana urusan masing2..ada yang dah kawin dan beranak pinak ..masa ni la nak tahu perkembangan terkini kawan-kawan. Dapat kenal siapa lagi warga kampung, anak cucu siapa, menantu siapa..maksudnya silaturrahim antara warga kampung tu sentiasa wujud dalam keadaan yg harmoni. saling mengenali tu penting terutama kalau kita dah keluar dari kampung..merantau. Kurang2 kalau kenal org kampung boleh bertanya khabar berkirim salam.

Bagi budak2 yang seronoknya tentulah dapat duit raya. Hampir setiap rumah bersedeqah pada semua tetamu yang ikut baraan ni. Anak-anak memang tunggu sangat baraan ni sebab nak collect duit raya.. dan hasilnya memang lumayan lah..

Dalam pada seronok berbaraan, bersembang dengan kawan2 lama sempat saya terfikir betapa ada perkara kecil yang perlu kita ingatkan pada warga baraan. Pertama sebagai tuan rumah jangan lah sampai rasa  terpaksa untuk buat persiapan baraan ini terutamanya hidangan makanan, memadailah dengan makanan yg simple...kerana pada pandangan peribadi saya yang penting bukanlah makan minum, yang lebih penting ialah doa yg dibaca dan diaminkan oleh ahli baraan di setiap rumah..disitu ada pahala, keberkatan dan  rahmat bagi setiap rumah..insyaAllah., Kedua pemberian duit raya, kita kene ingatkan anak2 bahawa baraan bukan untuk kumpul duit raya sahaja..tapi untuk mengeratkan hubungan silaturrahim.

Panjang pulak entri kali ni...ok sekadar berkongsi cerita jekk.

Wednesday, 11 January 2017



Bismillah

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

sedang mencari masa dan ruang untuk menulis semula..doakan saya istiqamah menulis di blog ini.. Ceewahhh azam tahun baru kot..

Monday, 7 March 2016

BENGKEL GM1M SKTSG 2016


TARIKH : 1-2 MAC 2016
MASA : 12.00 tgh -2.00 ptg
TEMPAT : Bilik E-Genius


Nak kongsikan aktiviti hari ni..








alhamdulillah..selesai dengan jayanya.

CARA NAK SHARE DAN EDIT DOKUMEN MENGGUNAKAN GOOGLE DRIVE

HAIII...
ASSALAMUALAIKUM SEMUA...
OK... xmo buang masa..akak nak share cecara nak SHARE dokumen menggunakan GOOGLE DRIVE..sebelum tu nak bagitaw jugak apa kebaikan share dokumen melalui Google Drive ..
1. kita boleh berkolaboratif dengan untuk hasilkan sesuatu kerja
2. jimat masa, tenaga dan kertas
3.  .....pikir sndiri la..hehhehe

contohnya la..panitia nak buat rpt..KP boleh bahagikan tugas cikgu A buat RPT Thn 1, cikgu B buat tuk Tahun 2, cikgu C buat untuk Tahun 3...dan seterusnya..
Bila dah siap ..uplod dalam drive dan share dgn semua ahli panitia..KP boleh semak dan edit..bila dah siap semua orang boleh ambil/print/copy...kan jimat banyak perkara tu..cepat pun cepat.

 work smart yerrr..

1. log in BBA7216.1bestarinet.net..taip id dan pasword dengan betul

2. klik icon kilat dan pilih Google Drive




3. klik pada Share With Me ...klik fail ID Murid 2016 ..klik Open dan tunggu




4. Pilih kelas yg berkenaan saja..semak semua data..kalau salah betulkan ,,kalau tak lengkap, isi maklumat dengan lengkap.(kerja edit le ni)


5. Bila dah kompem semuanya ok...tekan SHARE

6. taipkan nama atau email orang yang kita nak share ..

7. jangan lupa tekan button Share ye...

ok dah siap...kalau nak share dokumen lain pun gitu la caranya..
moga bermanfaat